SOALAN SPM : TINGKATAN LIMA

SPM 2016 / Soalan 3b
HAMKA merupakan tokoh ulama di nusantara yang menghasilkan karya dalam pelbagai bidang.
  • i) Nyatakan dua karya beliau
  • ii) Jelaskan dua bukti kegigihan perjuangan HAMKA dalam mengembangkan dakawah Islamiah.
______________________________________________________

SPM 2015 / Soalan 3b
Syeikh Muhammad Abduh adalah tokoh Islah yang agung.

  • i) Nyatakan dua sifat peribadi beliau
  • ii) Jelaskan dua sumbangan Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan.
____________________________________________________

SPM 2014 / Soalan 4b
Ibnu Khaldun seorang tokoh sejarwan. Beliau disanjung oleh dunia dan masyarakat antarabangsa.
  • i) Jelaskan pembaharuan tersebut.
  • ii) Jelaskan dua bukti Ibnu Khaldun tokoh pelbagai bidang
____________________________________________________

SPM 2013/ Soalan 3b
Ibnu Sina telah beberapa menghasilkan karya yang sangat berguna dalam bidang perubatan seperti
al-Qanun fi al-Tibb.

  • i) Nyatakan dua keistimwaan karya tersebut.
  • ii) Namakan dua karya lain selain yang dinyatakan di atas
____________________________________________________


SPM 2012 / Soalan 3b

Imam Ghazali rahimullah dan HAMKA adalah tokoh Islam yang terkemuka.

  • i) Nyatakan dua sumbangan atau karya Imam Ghazali rahimullah.
  • ii) Jelaskan dua daripada kelebihan HAMKA seperti berikut.
  •     a) petah berpidato
  •     b) berjiwa seni
  •     c) berani
____________________________________________________


  SPM 2011 / Soalan 3b
*Sheikh Muhammad Abduh*
*Sheikh Tahir Jalaluddin*
Pilih satu tokoh di atas dan jawab soalan berikut.
i) Nyatakan dua sifat peribadi tokoh tersebut
ii) Terangkan  dua cara beliau menyampaikan idea Islahnya kepada umat Islam

____________________________________________________


SPM 2010 / Soalan 3b

i) Namakan karya terkenal Ibnu Khaldun
ii) Terangkan dua kesan Ibnu Khaldun terhadap tamadun manusia.